Thursday, November 22, 2012

Murni Discovery

Assalamualaikum, Hi!

Memandangkan saya dan keluarga ini sebuah keluarga yang gilakan makanan ataupun dengan istilah omputihnya ialah Food Lover, jadi di entri kali ni saya nak share sebuah restoran yang sering kami kunjungi. Tak rugi punya jika uolls baca entri ni sampai habis :)


Murni Discovery ni takde lah sepopular Victoria Station yg sentiasa dibualkan oleh orang ramai tapi restoran ini ada keistimewaannya yg tersendiri. Restoran ni ada bermacam-macam jenis makanan, daripada mamak, sampailah ke western. Restoran Murni Discovery ni pun lebih kepada santai dan lepak. Pakai kain pelikat pon bolehhh. Sebab tempat dia macam lepak dekat mamak. Best kan?


Terdapat 6 buah cawangan seperti yg dipaparkan oleh gmbr diatas. Selalunya, restoran lain akan bercuti pada hari Ahad ataupun Sabtu. Tetapi lain pula di Murni Discovery yg hari 'off''nya pada hari Isnin. Pekerja juga amat cekap dan efektif! Kalau anda semua pergi ke Murni SS2, pekerja disana tidak akan menggunakan kertas untuk ambik order, tapi diorang hafal je. Especially dekat SS2, PJ. Makanan yg diorder juga tidak mengambil masa yg terlalu lama. Takde lah macam sesetengah restoran tu, air dah sampai setengah makanan baru sampai. Tak best lah jadinya. Ye dok? Lupa nak habaq, orang dekat sini, amat packed! Jadi, mohon bersabar. 


Haaaaa, itu antara makanan yg disediakan. As what you guys tengok dekat gmbr atas ni, makanan dan minuman tu namanya pelik pelik kan? Paling pelik, beverages number 13 tu. Poison okay, poison! Lepas minum terus ..... Hahahahaha. 



Menggiurkan bukaaaannnnnn..... Dapnyaaaaa!!!! Apa tunggu lagi, mari ramai ramai serbu tempat ni. Seriously lain dari yang lain. Tak tipu! 

Saya bagi 4/5 bintang!!!

Gambar diambil dari Google. Dan information di print screen dari Like Page Murni Discovery.

Salam sayang 

Tuesday, November 6, 2012

Agent 007


Adakah awak semua ni peminat setia James Bond 007? Dah tengok filem ni?

Alamak, lupa nak beri salam. Hehehehe. Hi, Assalamualaikum!!! 
Maaf, ter-over pulaks. Biasalah, eksaited sikit nak meng-hapdet blog :p 

Untuk pengetahuan semua, bapa saya sendiri iaitu En. Naat amat mengikuti perkembangan 'James Bond'. Kalau nak diikutkan, dari awal penglibatan James Bond ni ke pawagam, hampir ke semua siri, beliau ikuti. Dari muda sampailah ke separuh abad ni haa. Hehehe. Jadi, setiap kali James Bond mempunyai siri terbaru, setiap kali itu jugalah kami sekeluarga akan pergi ke pawagam berdekatan iaitu GSC, IOI Mall, Puchong. Bak kata omputih, 'Must watch movie' lah! Kiranya, tak menyesal kalau berhabiskan duit tu. Hehehe.
Haa, ni buktinya:


Menurut kata papaku, James Bond mempunyai 4 senjata utama iaitu:
  • Wanita cantik, seksi, dan kononnya umpan dalam cerita tu.
  • Peralatan/kereta/senjata yang sememangnya canggih!
  • Watak 'James Bond' yg macho dan cerdas.
  • Babak kejar mengejar yg terlalu........pantas?
Jadi, tak hairanlah jika didalam panggung wayang tu amat 'packed' dengan peminat tegar ejen 007 ni.
Disini, saya bersertakan trailer 'Skyfall' supaya awak semua tertarik. Hehehe. 

"Think on your sins"