Tuesday, November 6, 2012

Agent 007


Adakah awak semua ni peminat setia James Bond 007? Dah tengok filem ni?

Alamak, lupa nak beri salam. Hehehehe. Hi, Assalamualaikum!!! 
Maaf, ter-over pulaks. Biasalah, eksaited sikit nak meng-hapdet blog :p 

Untuk pengetahuan semua, bapa saya sendiri iaitu En. Naat amat mengikuti perkembangan 'James Bond'. Kalau nak diikutkan, dari awal penglibatan James Bond ni ke pawagam, hampir ke semua siri, beliau ikuti. Dari muda sampailah ke separuh abad ni haa. Hehehe. Jadi, setiap kali James Bond mempunyai siri terbaru, setiap kali itu jugalah kami sekeluarga akan pergi ke pawagam berdekatan iaitu GSC, IOI Mall, Puchong. Bak kata omputih, 'Must watch movie' lah! Kiranya, tak menyesal kalau berhabiskan duit tu. Hehehe.
Haa, ni buktinya:


Menurut kata papaku, James Bond mempunyai 4 senjata utama iaitu:
  • Wanita cantik, seksi, dan kononnya umpan dalam cerita tu.
  • Peralatan/kereta/senjata yang sememangnya canggih!
  • Watak 'James Bond' yg macho dan cerdas.
  • Babak kejar mengejar yg terlalu........pantas?
Jadi, tak hairanlah jika didalam panggung wayang tu amat 'packed' dengan peminat tegar ejen 007 ni.
Disini, saya bersertakan trailer 'Skyfall' supaya awak semua tertarik. Hehehe. 

"Think on your sins"

2 comments:

  1. abah I pon ada kata jugak.. filem james bond mesti ada ramai pompuan -.-" lol

    ReplyDelete