Thursday, January 9, 2014

Flashback 2013

Assalamualaikum.

Sebenarnya aku rasa agak janggal nak mulakan langkah untuk update blog. Yelah, dah nak dekat 3 bulan tak update apa-apa. Nak bagi introduction pun terkebil-kebil. Macam newbies baru start blogging. Hehehe. Aku ni pelupa sebenarnya. Kalau kau tanya aku, "Lauk apa kau makan semalam?" pun aku boleh lupa! Jadi, aku nak recap sikit la tahun 2013 punya sweet-sour-memories supaya bila-bila aku baca, aku boleh ingat balik dan macam "ooooo ni rupanya." Haaa!

Okay, mari kita ber-flashback!!

1. 22, 23 & 24 Mac 2013, Perkhemahan Perdana di Kem UK Resort, Batang Kali Selangor.


Experience pertama kali seumur hidup pergi camping! Dengan alasan, tahun lepas merupakan tahun terakhir sebagai seorang pelajar so why not kan? Sebab tahun tahun lepas tak pernah pergi camping so bila tahun 2013 dpt peluang pergi, memang best! Dapat pulak ahli kumpulan yg supportive, environment tepi sungai, rasa macam tak nak balik je. Hehehehe.

2.  Bercuti dekat Air Papan Beach Resort, Mersing. ((Masa ni tak ingat tarikh hehe))


Memang best tempat dia! Cantik kan rumah ni? Ala-ala dekat Nebraska wooden house kan? Haa dalam belum tahu lagi. Nanti kita update ye.


Angah, ayah kepada Aisyah dan Asyraf. Family besar dia dgn kita dah mcm family angkat. Nak bercuti je, calling calling. Hehehe. 

3. Kak Nor wedding day, bulan Jun 2013 @ Kerinchi.


Nampak tak perempuan ada 7 orang situ? Sebenarnya 8 orang saudara perempuan yang paaaaaaling rapat! Tapi lagi sorang dah kahwin kena jaga anak :p


This is how we do it! Hashtag theEsahs.

4. Sports Day!


My very first and last time participating dalam Hari Sukan.Dah lah tu, kena jadi gegirls yg cheer yg menari tu. 


Fuhhh this is beyond my expectation. Hehehe smart tak? Korang boleh baca post Hari Sukan ni dekat SINI.

5. Teacher's Day. 


With my classmates yang menari tarian tradisional Sarawak. Macam gagak hitam kan? Hahaha


Best friends!!!!! 

6. Class outing @ Seoul Garden, IOI Mall. 

Classmates! Memang masa 3 jam untuk makan tu, kitorng makanaaan je. Dah bayar mahal mahal tak makan rugi lah kan? Hehe.

Sedaaaaaap. Especially the Coffee Chicken! Totally different from the rest. Nyum!

7. My 17th Birthday. 

23 Oktober 1996-23 Oktober 2013.
Ye, saya baru 17 tahun.

Tudiaaaa. Azizah, best friend kita. Masa ni baru balik tuition jd tumpangkan dia sekali. Rupa-rupanya mama pun nak bawak dia sekali. Memang terkejut gila dia ni ha!

8. Trip to The One Academy @ Sunway.

 College ni lebih tertumpu kepada arts. So, dalam ni mmg banyak lukisan, interior design & arca-arca yang menarik.

With my Chinese classmates! (Yes, Chan Juen Hao is cute but don't puke).


9. Detik-detik sebelum SPM. Masa ni tengah susun meja, lepas tu cari lah cikgu cikgu yang mengajar untuk ambik gambar. Banyak sangat gambar tapi takkan nak share semua kan? Hehe.


Us with Puan Akmaliza yang super duper sporting!!! Unfortunately, dia dah pindah sekolah lain dah sekarang...

Yeah! Miss Mun, cikgu Sejarah yang paling baik. Cakap pun lemah lembut, ajar pun senang je melekat dalam kepala. Hihihihi. 

10. MinZai Wedding Day, 30 November 2013 @ Singapore.


After few months kak Nor kahwin, kak Min pulak menyusul. Kak Min buat sekali serentak, nikah & bersanding. Oh ye, ni baru betul 8 orang cucu perempuan Esah! Hehe.


Ni baju masa bersanding. & lelaki poyo pakai spec tu Encik Suami kak Nor. Dia buang tebiat, tu pasal la. Hahahaha. 

11. Trip to Universal Studios of Singapore!!!!!!



Okay okay, trip to USS ni akan di update di lain hari okay. TAPI MEMANG BEST!!!

Well, that's all about my recap 2013. Ada banyak lagi. My art project, masa khatam Quran dekat sekolah tapi gambar takde so tak post lah. Anyway, sangat berharap semoga tahun 2014 ni lebih gempak daripada tahun sebelum-sebelumnya. InsyaAllah sama-sama cuba memperbaiki diri ke arah yang lebih positif. 

2014, jadi extraordinary ye!

1 comment:

  1. Assalamualaikum, jemput join contest yg saya anjurkan. ;) http://sumanya-lillah.blogspot.com/2014/01/contest-maulidur-rasul.html

    ReplyDelete