Tuesday, January 28, 2014

Wadihana Islamic Steakhouse

Assalamualaikum.

My dad just turned 42 years old on January 22, Wednesday. Jadi kita orang ni seriously takde idea nak celebrate makan dekat mana until my dad yang survey sendiri (Hahaha yep dia yang selalu cari tempat makan best best) tanya kawan, tengok surat khabar, check internet and all. And he decided untuk makan dekat Wadihana Islamic Steakhouse dekat Bandar Baru Bangi.


Oh yes, this man is my dad.

1. Honey Pepper Beef Ribs. Papa punya. 

Firstly, sedap. Secondly, tersedap. Thirdly, sedap sedap sedaaaaap! Alright, atas tu cheese, mmg papa suka cheese. Daging dia lembut. Broccoli dia pun fresh. Sauce dia pun sedap sangat cuma kalau lebihkan sikit haa lagi best! Tudiaaaa. *Telioq tak ayak liuq hampa semua?

2. Hawaiian Pizza.

Pizza ni bukan macam normal pizza classic hand tossed tapi pizza ni rangup dan sedap. Kalau PizzaHut/Domino's Pizza tu roti dia tebal kan, yang ni kurang tebal dan hujung tu crunchy! Yang bestnya, pizza ni di masak dengan cara lain dari yang lain. Iaitu.......

Tadaaa! Haa dalam tu la. Pakai arang, kayu-kayu dan seangkatan dengannya. (Maaflah saya tak arif tentang ni hehe)

3. Seafood Chowder in Boulla Bread. 

Soup dia memang KAWWWWW! Ye, tak tipu! Roti dia pun lembut je, yelahkan sesetengah restoran tu dah kena soup pun kemain keras rotinya. Disebabkan ini seafood, of course ada udang dalam tu ;)

4. Macaroni Cheese. Mine!!!!

Tak tahu nak cakap apa sebab masa tengah type ni pun rasa nak gigit gigit je screen laptop ni. Hahahaha. Saya ni penchenta tegar cheese jadi kalau terpampang je perkataan "Cheese" dekat menu terus "Heyyy that's mine!" Siapa serupa? Kita gang!!

Nah lagi dekat!
Memang sedap. Memang cheesy. Memang lemak berkrim. Memang kalau orang tengah diet boleh tergugat keimanan. Memang sesiapa yang cepat muak kena bawak lemon dalam poket. Hahaha. Kalau ditambahkan dengan mushroom/udang, mungkin tak nampak kosong sangat :) Tapi overall, ada UMPHHH!

5. Untuk minuman pula, kita orang order air biasa biasa je. Sebab selalunya kalau order air, air mesti tak habis jadi kira membazir hehehe. Kita orang order Cappuccino, Fresh Mango Juice & Iced Lemon Tea sahaja. Tapi, cukup untuk share 4 orang. Dan tak lupa juga, our family ada order Nachos with Cheese tapi takde gambar.

Bab makanan keluarga saya makan, sudah. Sekarang my point of view about this restaurant. 

Firstly, masa mula-mula masuk je para pelayan akan greet kita, kalau pelanggan Muslim, diorang akan beri salam, "Assalamualaikum selamat datang" haa mcm tu lah. Kalau non-Muslim, mungkin diorang akan cakap "Hello, welcome in". Oh ye, pelayan restoran ini kesemuanya lelaki yang memakai topi/songkok/kopiah sahaja! Yeeee tak tipu. Nama pun islamic kan, jadi first impression sangat penting.

Servis pun not bad. Cepat sangat. Mintak air kosong pun rilek je dia bagi. Serve makanan pun cepat, tapi mungkin depends on customer jugak. Kalau order banyak tu tak tahu lah lambat ke cepat atau kalau ramai customer on that day, kenalah bawa-bawa bersabar :D

Portion pada makanan pun terbaik. Tak sikit, tak banyak sangat. Sesuai dengan harga. Memang kalau balik rumah tu kenyang sampai besok pagi melainkan masa makan tak baca doa. Dan, makanan untuk budak-budak pun ada tau!  

Harga? 
Harga pada makanan dekat restoran Wadihana Islamic Steakhouse ni sangat berpatutan! Serious tak mahal. Kiranya kalau kumpul duit tabung tu, memang worth it sangat! 

Ehsan daripada Google. Ini lah situasi dekat restoran tu. Saya duduk dekat depan dan tiada di dalam gambar. Huhuhu. 

Weeeee ni lah kedai tu! Memang tepi jalan je, toleh sikit dah nampak dah. Credits picture goes to Atikah. Mekasih awak! 

Jeng jeng jeng! Jangan main-main, restoran ni pilihan tv3 Jalan Jalan Cari Makan tau!

Kalau awak semua tak sabar sabar nak pergi makan, boleh survey dekat

atau

ataupun memang jenis nak main serbu je boleh pergi terus dekat

No. 25, Jalan Medan Pusat 2D, 
3B Curve Business Park,
43650 Bandar Baru Bangi.

Ok last, Wadihana ni ada ISLAMIC KITCHEN dan ISLAMIC STEAKHOUSE jadi jangan tersilap ye. Tapi kalau tersilap masuk tu boleh je tanya diorang sebab diorang satu boss dan satu syarikat. Memang depan belakang je kedai diorang. Baca betul-betul tau! *jangan jadi mcm family daku hahahaha

Memang my family looking forward to come here again and to order this American Lobster apabila berkesempatan.........

Menggoda tak saya?


22 comments:

  1. mudanya papa ... heheheee ... mmg lazat2 tuh hidangannya ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe forever young lah katakannn. Mmg lazat pun, kena cuba tau! :D

      Delete
  2. Replies
    1. Kena try tau Abak! Bawak family lepas tu update dekat Lorong Cinta. Hehehe.

      Delete
  3. ahahahah sesiapa tengok gambar yang last tu..pasti rasa terliur sangat hehehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu pasal lah caption menggoda tergodaaa~ Whoops! Hahaha.

      Delete
  4. okay kenapa semua makanan nampak sedap -.-

    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makanan memang sedap lah awak oiiii. Hahaha. Jom pergi, awak belanja eh? :P

      Delete
  5. mak aihhhhhhhhh... dah boleh main nyorok2 dalam lobster tuuu

    kekekekee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awak nak nyorok kat bahagian mana? Saya nak nyorok kat bahagian kepala. Hahahaha.

      Delete
  6. muda nya papa awak . hehehe. ingat buah hati td . terliur tgok western !! =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rahsia kahwin muda jadi umur papa 42, anak baru masuk 18. Akak kahwin muda lah tau nnt ehehehehe

      Delete
  7. waaa~~ sume makanan tu nampak sedap laaa... hehe..teringin !..btw dah follow.. 444 :) nice number kann

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan nampak je, tapi memang! Thank you awakkkk, appreciate sangat! :***

      Delete
  8. memula gambar hawai pizza dan makaroni cheese tu telan liuq sepoi2 je cik...bile scrol...scroll...scroll.....amarican lobster tu..aihhhhh terleleh jap....tak boleh jadik neeee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak buat mcm mana kalau makanan2 ni semua memang penggoda! Hahahaha.

      Delete
  9. uiii,,sedapnya,,, menggoda sangat lobster tu. gulpp.telan liur la jawapnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa telan air liur je tau, jgn meroyan jilat screen pulak! Hahahaha.

      Delete
  10. Replies
    1. Memang sedapppppp tapi belum gila lagi hahahaha

      Delete
  11. Cheese?? wahh... kita geng! menggoda sungguh pics kat atas tu..

    ReplyDelete
  12. salam kenal dan follow
    torascool(dot)blogspot(dot)com

    ReplyDelete