Friday, April 11, 2014

Ulu Yam di Liverpool, Nazali Noor

Assalamualaikum.


Pada saat kalian memulakan langkah membaca entri ini, saya baru sahaja selesai membaca novel motivasi bertajuk Ulu Yam di Liverpool nukilan hebat seorang Pensyarah Kanan John Moores University-- Nazali Noor.  Sejujurnya, saya tak pernah terlintas untuk membeli novel hebat ini. Sebab, iyalah, remaja macam saya ni tak pernah ada koleksi novel motivasi. Langsung tak ada. Yang ada hanyalah koleksi novel cinta yang klise dimana dua orang lelaki merebut seorang perempuan, ataupun sebaliknya, termasuklah novel fiksyen yang masyaAllah merepek dia, selalunya tak dapat diterima dek akal.

Jika kalian inginkan kelainan, inginkan pembacaan yang mampu menjadikan kita insan yang lebih bermotivasi, inilah dia-- Ulu Yam di Liverpool. Kisah seorang anak kampung kaki bangku berketurunan Minangkabau yang cinta akan bolasepak dan pasukan kegemarannya, Liverpool, kini menapak dan mencipta nama di negara jauh beribu batu di Liverpool. Cita-citanya yang pernah diperkotak-katikkan, cita-citanya pernah ditertawakan dan cita-citanya juga pernah dianggap hanya angan-angan di atas angin, kini menjadi realiti.

Jujur kata, novel ini bukan sahaja memberi inspirasi untuk saya terus mengejar cita-cita, tetapi juga memberikan saya nikmat berkasih-sayang-- kasih sayang terhadap ibu bapa, adik beradik, saudara mara dan sahabat handai. Penulis tidak henti-henti mengajak para pembaca untuk terus menghormati ibu bapa, membuat amal jariah, dan sentiasa berhusnudzon. Baik kan?

Ni Adam Nuqman, anak keempat penulis. Geramnya saya!!!!!
*gmbr diambil dari FB page beliau
Bahagian yang paling suka...
bahagian apabila penulis bercerita tentang betapa fobianya beliau dengan Matematik! Ahhhh kita serupa Uncle, kita serupaaaaa. Lepas tu bab dimana penulis bercerita tentang arwah ayah&mak beliau. Allah hai, sedihnya tak terkata. Bayangkan, pada pukul 2 pagi boleh menitiskan air mata hanya melalui pembacaan dari hati ini?! Dapat bayangkan tak? Boleh bayangkan tak betapa sebak dan sedihnya perjalanan hidup Abah Najwa ini dengan baru sahaja membaca bab 2?! Huish, hebat!
Bahagian yang tertumpu pada Auntie Ain pun sedih jugak. Cerita pasal Along (kakak kepada penulis) lagiiiii sebak, sedih, terharu semua bercampur baur. Entah. Saya rasa takde satu pun bab yang paaaaaaaling best. Sebab SEMUA the best!

Novel yang saya beli ni merupakan cetakan yang ketiga pada tahun 2014. Tarikh terbitan sebenarnya adalah pada 31/10/2013. Cepatkan? `Best seller tau! Tak mahal pun kawan-kawan, baru RM19.90. Dan info terbaru adalah.... akan ada Ulu Yam di Liverpool 2!!!!!

Walaupun saya ni peminat Januzaj berjersey nombor 44 yang kacak dari Manchester United, sekelumit perasaan pun takkan berubah angin ke Liverpool. Never, ever. Ewah, gittew.


Antara kata-kata semangat yang menjadi kegemaran. Awas engkau, pencuri impian!

4 comments:

  1. jadi pengin baca novelnya nih, hehehe...

    ReplyDelete
  2. novel motivasi nih memang terbaik,anak malaysia yg mampu realisasikan impian...salutee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul! Lepas apa yang penulis lalui, akhirnya tercapai jugak impian beliau. Harapnya kita pun macam tu jugak lah kan.

      Delete