Tuesday, July 8, 2014

Cerita Kampus Saya - Part 2

Fortnight before 24 May 2014.
Minggu yang sangat terpaling penat sebab kena buat preparations before masuk study. Beli itu beli ini, kemas baju, cari bag dan bermacam macam lagi. Yang dah pernah experienced situasi macam ni sebelum ni, memang akan tahu bagaimana teruja nya kita nak pergi tempat baru, but at the same time agak malas dan... sedih. Sobsss. 
I will share on what-to-bring untuk korang yang nak tahu aku bawak apa untuk ke hostel nanti kat next post. But actually itu pun aku Google je, hahaha! Anak pertama babe, mama papa pun mana ada pengalaman. 

24 May 2014. 

Hari pendaftaran pelajar!! 
Hari yang ditunggu-tunggu pun telah tiba. Oh jap, sebelum aku beredar pergi meninggalkan habitat kesayangan di teratak ku syuraga ku, aku menerima kunjungan istimewa daripada best friend kesayangan, Ezzane Iman! Sanggup dia datang pagi-pagi pukul 10 tu nak tengok aku berangkat pergi. Padahal Bangi tu 15 minit je hahahaha. 

Baju tu besar okay, tolonglah percaya. I am not that fat! T_T 

So, around 12 o'clock tu sampai lah dekat admin. Memang ramai gila manusia dalam admin tu. Tapi aku suka cara orang-orang bertugas tu menjalankan tugas. Very systematic I must say. 

Taaraaaa, tudia tag as a student dekat sini. 

Hostel.
Lepas buat tag, kitorang kena pergi Kelompok tempat tinggal/hostel yang telah ditetapkan. Aku duduk dalam Kelompok Ilmu, Blok 3. Tempat tinggal untuk perempuan ada 2: Ilmu & Murni. Lelaki pun 2: Amanah & Cendikiawan. Tapi ada 2 blok dekat Ilmu untuk pelajar lelaki tahfiz. 

Lepas dapat kunci rumah&bilik, terus 'check-in' masuk. Best lah jugak dalam ni. Satu rumah ada 2 bilik. Satu bilik ada 2 katil. Maksudnya aku akan ada 3 housemates baru yg aku tak kenal. Lepas tu ada toilet, ((hahaha what craps am I talking rumah mana takde toilet hahaha)), dapur, veranda, ruang tamu. Selesa sangat. Takde gambar rumah skrg, but I will update it later. Pinky promishhh!

Housemates.
Of course masa mula-mula jumpa orang baru especially orang yg kita akan tinggal satu rumah untuk jangka masa yang lama kita akan jadi awkward. Jadi tak tahu nak berbual tentang apa. Sebab kita mesti jadi macam "eh nanti aku tanya lebih-lebih dia ingat aku busybody" haa kan? 

Housemate pertama yang aku dan family jumpa ialah Adiba Nabiha. Hehehe nampak tak chemistry pada nama tu? Nabila-Nabiha? Ececeh. Dia pun ambik IT tapi kitorang lain Section so tak sama class. Dia ore kelate. Homesick dia toksah cite lah kan.
Lepas tu datang pulak si Aiza Nazifa ni. Dia ambik Electrical Power (EP). Memang genius ah kan sebab masa kitorg berbual, dia punya AddMaths dapat A. Dia dak dak Subang Bestari. Ala dekat jugak kat sini. Dia agak lembut dan ala ala mak  mak sikit hahaha.  
Lastly, Aida Zulaikha. Ni budak MRSM. Tinggal dekat Kota Damansara. Ambik Mechanical Engineering. Aida ni panggil dia as Eyka. Eyka ni roommate aku. Dia minat gila dekat Neymar player Brazil tu. Tahap kegilaan dia memang melebihi segala-galanya. Especially kalau main games, memang automatic jadi gila. :p

Memang before mama papa tinggalkan aku kat sini, memang diberi tazkirah. Padahal every week aku balik. Tapi disebabkan baru first time berjauhan dengan family, tu yang tazkirah terlebih sikit. Papa siap kata: "Kalau kat sana ada orang buli kau, kau bagitahu je papa!" Ingat sampai bila-bila kot hahahaha. 

P/S: So, next post pasal Orientation Day. Stay tuned! 


Cerita Kampus Saya - Part 1

Korang percaya tak kalau aku cakap yang jari aku menari-nari dulu atas keyboard sebelum type sebab tak tahu nak type apa?! Kalau tak percaya, sila percaya sekarang. Sebab aku totally blank macam mana nak start blogging hehehe. Okay lah, straightforward je lah eh.

Aku sekarang ni belajar dkt UNITEN. Ye, Universiti Tenaga Nasional Kampus Putrajaya yang sebenarnya terletak di Bangi. Ha situ. Korang dah boleh stop dgn soalan "eh kenapa pergi private" "eh kan mahal swasta tu" ataupun ala ala makcik sikit "eleh result tak bagus letteww". Ah, pondan ini semua! 

First of all, result SPM aku memang unexpected sebab result trial memang ke laut ke loji siap ada 2 fail dan takde "A" langsung. YE AWAK SAYA ADA 2 FAIL MASA TRIAL. Memang nangis tak berlagu tak berirama lah kan. Tapi alhamdulillah masa keluar keputusan SPM yang sebenar, aku dapat 3A 2B 3C. Ada lah A- lah B+ lah tapi takpelah, shortcut je senang hidup hehe. Bersyukur semua credits kalau tak parah woi.

So lepas dapat result, menunggu pulak UPU. Memang apply UPU siap print out banyak banyak lagi. Padahal belum confirm pun dapat. Nak dijadikan cerita, ada pulak karnival Jom Masuk U dekat UPM. Satu family lah pergi dan terpaling sangat excited masa tu ialah Mama. Even me myself pun tak tahu nak masuk mana, course apa, tapi mama yang jadi macam "eh jom tgk U tu pulak" "U tu kita dah tgk belum?" Hahahaha. 

Tapi on our way back home, papa kata "cuba contact kak nina dgn acik rosli tanya pasal uniten". Kak Nina & Cik Rosli tu refer to my cousin and uncle yang dimana kak Nina mmg student final year degree dkt Uniten and my uncle kerja dalam Uniten. So we went to their house and borak borak pasal U itu ini and they suggest Uniten. I was so worried bcs we're not from rich family and even UPU pun belum keluar but dad dia mcm rilek je nak masuk kan aku dekat situ dengan alasan masuk situ dekat, kalau tunggu UPU nanti diorang campak jauh jauh. Lulz.

Of course lah aku tersepit between my option dan diorang punya pilihan. Tapi bila fikirkan balik, mesti ada hikmah disebalik sesuatu so I made my own decision to follow their decisions. Malam tu, terus apply uniten thru online. Then the next 3 days, dapat result memang layak masuk sana atas pilihan pertama iaitu Foundation in Information Technology. Yes, process yang berlaku less than a week tanpa tunggu UPU.

Mama papa lah manusia paling busy masa tu call admin sana sini untuk uruskan pembayaran sementara aku menjadi suri rumah dirumah hehehe. Next week tu, terus pergi admin bayar direct siap ambik sendiri by-hand surat tawaran kemasukan. Dasyat kan? Orang lain relax je tunggu kat rumah, mama papa tazzabar zabar nak gi ambik. Hehehe. After buat payment itu ini, secara officially nya aku ditempatkan di Universiti Tenaga Nasional Kampus Putrajaya. 

Taadaaaa! 


.....................bersambung