Tuesday, July 8, 2014

Cerita Kampus Saya - Part 2

Fortnight before 24 May 2014.
Minggu yang sangat terpaling penat sebab kena buat preparations before masuk study. Beli itu beli ini, kemas baju, cari bag dan bermacam macam lagi. Yang dah pernah experienced situasi macam ni sebelum ni, memang akan tahu bagaimana teruja nya kita nak pergi tempat baru, but at the same time agak malas dan... sedih. Sobsss. 
I will share on what-to-bring untuk korang yang nak tahu aku bawak apa untuk ke hostel nanti kat next post. But actually itu pun aku Google je, hahaha! Anak pertama babe, mama papa pun mana ada pengalaman. 

24 May 2014. 

Hari pendaftaran pelajar!! 
Hari yang ditunggu-tunggu pun telah tiba. Oh jap, sebelum aku beredar pergi meninggalkan habitat kesayangan di teratak ku syuraga ku, aku menerima kunjungan istimewa daripada best friend kesayangan, Ezzane Iman! Sanggup dia datang pagi-pagi pukul 10 tu nak tengok aku berangkat pergi. Padahal Bangi tu 15 minit je hahahaha. 

Baju tu besar okay, tolonglah percaya. I am not that fat! T_T 

So, around 12 o'clock tu sampai lah dekat admin. Memang ramai gila manusia dalam admin tu. Tapi aku suka cara orang-orang bertugas tu menjalankan tugas. Very systematic I must say. 

Taaraaaa, tudia tag as a student dekat sini. 

Hostel.
Lepas buat tag, kitorang kena pergi Kelompok tempat tinggal/hostel yang telah ditetapkan. Aku duduk dalam Kelompok Ilmu, Blok 3. Tempat tinggal untuk perempuan ada 2: Ilmu & Murni. Lelaki pun 2: Amanah & Cendikiawan. Tapi ada 2 blok dekat Ilmu untuk pelajar lelaki tahfiz. 

Lepas dapat kunci rumah&bilik, terus 'check-in' masuk. Best lah jugak dalam ni. Satu rumah ada 2 bilik. Satu bilik ada 2 katil. Maksudnya aku akan ada 3 housemates baru yg aku tak kenal. Lepas tu ada toilet, ((hahaha what craps am I talking rumah mana takde toilet hahaha)), dapur, veranda, ruang tamu. Selesa sangat. Takde gambar rumah skrg, but I will update it later. Pinky promishhh!

Housemates.
Of course masa mula-mula jumpa orang baru especially orang yg kita akan tinggal satu rumah untuk jangka masa yang lama kita akan jadi awkward. Jadi tak tahu nak berbual tentang apa. Sebab kita mesti jadi macam "eh nanti aku tanya lebih-lebih dia ingat aku busybody" haa kan? 

Housemate pertama yang aku dan family jumpa ialah Adiba Nabiha. Hehehe nampak tak chemistry pada nama tu? Nabila-Nabiha? Ececeh. Dia pun ambik IT tapi kitorang lain Section so tak sama class. Dia ore kelate. Homesick dia toksah cite lah kan.
Lepas tu datang pulak si Aiza Nazifa ni. Dia ambik Electrical Power (EP). Memang genius ah kan sebab masa kitorg berbual, dia punya AddMaths dapat A. Dia dak dak Subang Bestari. Ala dekat jugak kat sini. Dia agak lembut dan ala ala mak  mak sikit hahaha.  
Lastly, Aida Zulaikha. Ni budak MRSM. Tinggal dekat Kota Damansara. Ambik Mechanical Engineering. Aida ni panggil dia as Eyka. Eyka ni roommate aku. Dia minat gila dekat Neymar player Brazil tu. Tahap kegilaan dia memang melebihi segala-galanya. Especially kalau main games, memang automatic jadi gila. :p

Memang before mama papa tinggalkan aku kat sini, memang diberi tazkirah. Padahal every week aku balik. Tapi disebabkan baru first time berjauhan dengan family, tu yang tazkirah terlebih sikit. Papa siap kata: "Kalau kat sana ada orang buli kau, kau bagitahu je papa!" Ingat sampai bila-bila kot hahahaha. 

P/S: So, next post pasal Orientation Day. Stay tuned! 


1 comment: